Thursday 3 April 2014

Umrah

Assalamualaikum sahabat,

Umrah bermaksud ziarah. Setiap orang yang menunaikan umrah pastinya merasakan kebahagiaan dan kegembiraan yang maximum. Kenapa? Sebab ibadah umrah ini terlalu best, dan sesiapa saja yang pergi ke Madinah & Mekah rasa macam tak nak balik. Sepanjang perjalanan pastinya berfaedah dan memberi kesan pada kita. Segala kerja-kerja kita di sini pun dilupakan sebab nak focus on umrah. Ziarah, ibadah, moment, environment, people, semuanya memang melekat dalam hati. Sebab tu, sesiapa yang dah pergi sekali, pasti nak pergi berkali-kali.

Untuk tahun 2013, kami ke Tanah Suci untuk melakukan umrah melalui agensi UTAS. Sebelum sampai tarikh nya, UTAS telah memberi taklimat untuk persediaan bagi jemaah. Setiap 2 minggu, hari Sabtu, UTAS menjalankan sesi taklimat / pengajian berkaitan umrah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar atas bantuan pihak UTAS. Biasalah jika ada sedikit kekurangan tapi itu tidak menjadi halangan. Untuk tahun 2013, kedutaan saudi telah melaksanakan undang-undang ketat iaitu bagi jemaah perempuan, mereka WAJIB pergi bersama Mahram nya. Tiada lagi istilah "tumpang mahram" start dari tahun 2013 ini. Tetapi bagi wanita yang berumur 40 tahun keatas, mereka dibenarkan mengikut "group of woman". Apa yang dilaksanakan oleh pihak Saudi pasti ada hikmah dan tujuan kebaikannya. Setelah dipastikan mahram ada, alhamdulillah visa lengkap dan passed. 

Preparation untuk menunaikan umrah ni senang saja. Just bawa apa yang penting. Segala pakaian mestilah berkaitan dengan penutupan aurat. Jubah, socks, telekung, kain, hand socks, tudung, shawl dan pelbagai lagi. Dah sampai Madinah & Mekah, mata takkan lepas dari jubah-jubah cantik yang dijual. Memang kalau takde orang halang, semuanya kita nak borong. Tapi, ingatlah itu bukan tujuan utama kita. Sesungguhnya itu hanyalah sampingan sahaja. Tidak dinafikan jubah-jubah kat sana murah dan cantik. Perfume pun wangi je. Masuk masjid, semuanya serba wangi. Inilah keuntungan yang kita dapat bila masuk masjid-masjid di sana. Allah beri kita kebahagiaan yang berpanjangan. 

Ohh, untuk tidak melengahkan masa...nak bercerita panjang lebar, tak terbaca pulak nanti, so kami sajikan dan kongsikan beberapa gambar sekitar Madinah & Mekah. Enjoy!!

























































































 




















No comments: