Thursday 3 April 2014

#prayformh370

Assalamualaikum,

Berita kehilangan pesawat MH370 masih lagi menjadi tanda tanya. Kemana perginya pesawat ini? Allah...hanya Kau saja yang tahu. Terlalu banyak teori dan spekulasi yang kita semua dengar dan baca. Dimana mana sahaja masih lagi orang bercakap mengenai pesawat dan penumpang. Selagi tiada bukti, tiada pengkhabaran, maka kita semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan mereka. masih lagi wujud di hati, menunggu sesuatu yang ajaib berlaku. Allahuakbar...

Tetapi, pelbagai spekulasi yang negatif didengari. Spekulasi ini harus ditangkis. Biasalah fitrah manusia yang selalu percaya dan mendengar perkara yang sedemikian. Pelbagai pihak yang menyalahkan pilot kita, tetapi jangan sekali kali mempercayainya. Media barat mula menyalahkan pilot dan mengaitkan mereka dengan terrorism kerana kedua-dua pilot ialah Muslim. Ini tidak adil bagi Kapten Zaharie dan Fariq kerana mereka menuduh tanpa sebarang bukti. Mereka sengaja menyebarkan berita itu bertujuan untuk dunia membenci Islam dan Malaysia. Ingatlah wahai makhluk ciptaan Allah. Spekulasi yang negatif ialah HARAM disisi agama islam (by Mufti Menk). Semoga seluruh dunia dapat membuka mata dan lihat akan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu. 

Jagalah hati dan perasaan keluarga mereka yang terlibat. Semoga mereka diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Beginilah cara Allah untuk menguji hambaNya. Mungkin inilah bahagian mereka, dan kita? Kita tidak tahu sama sekali apa bahagian kita yang akan Allah berikan.

Tetapi harus diingatkan juga bahawa kita umat Islam harus berhati hati dengan keadaan ini kerana ia juga mungkin menjadi petanda bahawa musibah dan bala yang Allah beri. Kita lihat pada keseluruhannya, fitnah berleluasa berlaku, dan dunia kini kian hampir dengan pengakhirannya. Maka, bersama-sama lah kita cuba memperbaiki diri, perbetulkan peribadi, mendekatkan diri pada Allah, pada agama Islam. Sesungguhnya Allah itu telah memberi petunjuk dan hidayah-Nya. Kekuasaan Allah hanya dengan sekelip mata sahaja. 

KepadaMu ku berserah, kepadaMu ku berdoa, Allah...Kau tunjukkanlah kami sebaik-baik penyelesaian. Kau berikan lah kami hambaMu ini kembali bersatu. Kau jauhi kami dari segala malapetaka, bencana, bala, kejahatan, dan sebagainya. Kau berikan kami kekuatan. Kau ampuni dosa-dosa kami. Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kami, dan perluaskan lah rezeki dan ilmu kami. Amin ya rabbal alamin.

Mari kita terus mendoakan agar negara kita aman dan semoga MH370, anak kapal dan penumpang dijumpai dengan selamat dan dapat bersama dengan keluarga mereka semula. 

No comments: