Friday 10 March 2017

C.I.N.T.A

Dear Diary,

Ku punyai satu masa, rasa keagungan sangat dalam, bebas.
Semua itu ku genggam erat, tidak ku lepas.
Masa kan berubah, pudar kian hilang.
Dimana harus aku percaya. Kata kamu indah belaka.
Ku simpan tapi tetap hilang, bagaimana harus aku kekalkan.

Sama, tiada beza. Aku cuba untuk lupa.
Tapi dulu indah segala. Mana mungkin aku buang saja.
Padah, rebah. Aku kosong, tiada isinya.
Kamu pergi, tidak kembali. Aku tahu, manusia itu mati.
Bicara aku sama kamu, titik. Tiada lagi.

Sakit. Pedih. Aku jalani selama ini.
Aku tahu kamu di tempat paling indah sekali.
Aku juga tahu kamu itu budinya suci.
Benar kamu sudah tiada.
Aku sedar mati itu pasti.

Rindu. Cinta. Kamu itu paling agung.
Tiada lagi kamu yang kedua.
Ikhlas. Jujur. Hati kamu buat aku.
Kamu pergi, aku jatuh. Aku diri, tanpa kaki.
Aku tidak kuat. Aku sakit sangat.

Ini cara aku luah segala.
Mungkin dapat sedikit lega.
Bukan aku minta simpati.
Hanya kenangkan kamu yang pergi.
Doaku untuk kamu hari-hari.

Selamat tinggal CINTA. Kamu CINTA paling agung.

#AlFatihahChe

Tuesday 24 May 2016

Ramadan Bakal Tiba

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan. Seiring dengan tajuk, kita berbahasa Arab sikit. Nak masuk Ramadan kan, seronok gak belajar bahasa Arab. Al-Lughah Al-Arabiyah. Giteww...

Well, now dah bulan May. Akhir bulan May. Sikit lagi dah nak Ramadan, tak sabar, nervous, happy...semua perasaan ada. Maklumlah, setahun sekali je kita sambut Ramadan kan. Sepanjang tahun kita mengejar dunia, mengejar harta, mengejar masa yang tak dapat dikejar, bila sampai bulan Ramadan je...masing-masing start kejar pahala, kejar ibadat. Alhamdulillah. Bukan nak kata bulan lain tak kejar pahala dan ibadat, tidakkk...tapi Ramadan ni kita berpeluang tambah berganda-ganda lagi kan... 

Ramadan jugak la time kita di uji dengan pelbagai nafsu. Contohnya, bila berpuasa..lapar la, haus la...dugaan..bila kawan-kawan kita yang bukan Islam duk minum depan mata kita, ice blended pulak tu...fuhhh yang tu pun dah rasa sangat teruji. Tapi bila sampainya waktu berbuka, alhamdulillah...terlepas jua segala ujian tu, dan masuk pula waktu untuk berterawikh. Rugi rasanya kalau tak buat terawikh, sebab dah la sebulan sekali je, lepas tu syiokkk...bacaan Imam-Imam, suasana, segalanya indah. Ya Allah bestnya!!

So kawan-kawan yang disayangi, sama-sama lah kia menyambut Ramadan ibarat ini Ramadan yang terakhir buat kita semua. Didik lah anak-anak, adik beradik, sahabat handai menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya...sesempurna mana yang dapat kita laksanakan. InshaaAllah..mudah-mudahan moga Allah beri kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadan ini. Bila Ramadan dah selesai nanti, baru lah boleh beraya sakan pabila Syawal menjelma. Tapi, kita akan sentiasa merindui bulan mulia Ramadan. Entah akan berjumpa lagi atau tidak..Wallahualam. 

Kami doakan uolls semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik dan diizinkan Allah Taala untuk menunaikan ibadat siang dan malam dengan sempurna. InshaaAllah. 

Salam Menyambut Ramadan, bulan mulia dan mubarak. 

Ma'assalamah Ilal liqa'. 


Tuesday 5 April 2016

AFFILIATE JUNCTION MARKETING (SIDE INCOME)

Assalamualaikum,

Kembali lagi kami menulis di kertas electronic ni. Apa yang nak kami sampaikan hari ini ialah berkaitan dengan side income yang telah kami ceburi sepanjang dari awal tahun ini. MasyaAllah sambutan sangat meggalakkan. Kerana apa? Segalanya kerana Project MYKAD (Kad Pengenalan).

Business seperti ini yang kami cari, kerana ia tidak memerlukan kami untuk menjual product. Ia juga bukan MLM dan penjualan insurance. Seperti yang kami cakap tadi, segalanya berkaitan dengan MYKAD. 

Ok...business apa ni yer? Mungkin ramai yang tidak tahu fungsi MYKAD kita. Meh nak cerita sikit...antara fungsi MYKAD ialah Touch & Go, MEPS, JPJ, JPN dan banyak lagi. Fungsi MYKAD ni ada 50 kesemuanya. Untuk makluman, fungsi bongsu iaitu fungsi ke-50 MYKAD ialah AFFILIATE JUNCTION (AJ). 



Jangan lah terlalu risau, business ni bukan lah satu penipuan. Kan MYKAD, macam mana nak tipu? Sebabnya kita berdaftar dengan Kerajaan Malaysia, ada SSM, bernaung di bawah syarikat I Synergy Holding Berhad dan dah di iktiraf pun di persada antarabangsa. Kami juga telah mendapat status MSC dan berusahasama dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDEC). 

So, business MYKAD yang kami maksudkan ni ialah Affiliate Junction Marketing atau dikenali sebagai AJ, dimana business ini tersangatlah mudah dan segala atau setiap pendapatan yang kita dapat merupakan pendapatan yang berterusan dan ianya boleh diwarisi.

Program yang paling famous dalam AJ ialah Mykad Smart Shopper (MSS).



Let us tell you guys, apa yang kami jalankan yer. Secara general atau amnya, sebagai Affiliate, kami boleh mendaftarkan seberapa banyak MYKAD pengguna seluruh Malaysia. Bayangkan berapa juta rakyat Malaysia? Lebih kurang 30 juta rakyat Malaysia yang mempunyai MYKAD, dan kami dipertanggungjawab kan untuk mendaftarkan MYKAD anda semua. Best tak?

Apa yang best nya? Best tu untuk u olls laa... Daftar secara PERCUMA, lepas tu SEUMUR HIDUP dan TIADA EXPIRY DATE. Then, automatically, u olls akan dapat benefits yang sangat menguntungkan uolls, antaranya ialah:

📌 DISCOUNTS
📌 CASH POINTS
📌 REWARD POINTS

Semua ni akan jadi milik u olls apabila u olls berbelanja menggunakan MYKAD.
Ya Allah senangnya lahaiii....semua tu free-free je u olls dapat tau. 

Selain daripada mendaftarkan MYKAD u olls ni, tugas Affiliate juga mendaftarkan merchant (kedai-kedai) di seluruh Malaysia. So pengguna MYKAD yang dah berdaftar boleh shopping di kedai-kedai tu dan entitle untuk semua benefits yang kami mentioned tadi.

Ok ke Ok?? Sangat lah Ok kannn.....

So, kami sebagai Affiliate ni dapat apa? Jeng Jeng Jeng!!! Kami pun akan dapat juga...alhamdulillah... Setiap MYKAD yg didaftarkan dan setiap kali pengguna MYKAD / rakyat Malaysia berbelanja, selagi itu Affiliate akan dapat 1% daripada setiap perbelanjaan yang dilakukan. Setiap kali orang berbelanja, kita dapat 1%. Best ke Best? Best gilerr!! Alhamdulillah sebab tu ianya dikatakan income yang berterusan. 

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi benefits, dan income-income untuk para Affiliate yang berdaftar dengan Affiliate Junction (AJ) ni.

Jika kita lihat pada economy sekarang ni, harga barang kini tidak macam dulu. Mahalnya masyaAllah...terbeliak biji mata. So, dengan kemudahan berbelanja dengan menggunakan MYKAD ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan rakyat Malaysia, kurangkan expenses u olls. Sebab, u olls semua akan dapat discounts, cash point dan reward point. Siapa tak mahu? Kenapa nak bayar lebih jika boleh bayar dengan harga discount? So, u olls yang daftar MYKAD je yang akan entitle untuk discount tu. Okay? Daftar pun FREE ajer...kami hanya nak membantu.

So, bagi sesiapa yang nak daftar kan MYKAD anda sendiri, jemputlah daftar di link ni.
Mudah je nak daftar. Isi-isi details, then submit. Ya Allah macam kunyah chewing gum je, senang sangat. Tak sampai 3 minit. 


Terdapat 2 link yang u olls boleh click, ikut suka mana-mana link pun available. No worries.

📌 http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=tFpWDgohkbSufzJjhs08MQ%3d%3d

📌 http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx?a=aR2qKc7CXK8YUehY1N%2b5zw%3d%3d


AFTER REGISTRATION

Lepas dah daftar, u olls boleh download Application samada kat Android / Apple Store.

● Click Log In
● Username : No IC anda
● Password : No IC anda (boleh tukar kemudian)

Lepas tu boleh la shopping-shopping & nikmati discounts, cash points & reward points. Yeay!!

Seandainya u olls nak daftar pula sebagai Affiliate seperti kami, apa yang u olls boleh lakukan ialah contact je kami tanpa segan silu, sebab kami merupakan Affiliate yang memegang lesen Authorized Agency, dimana kami boleh mendaftarkan u olls pula sebagai Business Partner / Affiliate dan u olls juga akan memegang lesen yang sah seperti kami. Dapat income macam kami, alhamdulillah.

Kami sedia membantu u olls, demi masa depan u olls, ubah lah kehidupan kepada yang lebih baik, dan demi kejayaan dan kesenangan dalam hidup u olls.

CONTACT US:

Deanna Rosedi - 012 364 7508 

Ezzah Adnan - 013 219 1586









Wednesday 27 January 2016

Nafas Baru 2016

Assalamualaikum semua, hope belum terlambat untuk kami ucapkan Happy New Year 2016.

Tahun baru, nafas baru, kami ingin bergerak maju dengan pelbagai activity dan pelbagai ilmu.
Umur dah makin meningkat, kami ingin mengejar kejayaan dunia akhirat. 

InshaaAllah, kita usahakan dan kita kongsikan apa sahaja ilmu baru yang bermanfaat pada semua.

Nantikan................

See you again!!

Thursday 9 July 2015

Syawal 2015

Assalamualaikum uolls,

Seminggu lagi Syawal akan menjelang. 10 malam terakhir untuk kita melaksanakan amal ibadat di bulan Ramadan. Semoga jumpa lagi Ramadan tahun depan, dan semoga kita mendapat malam Lailatul Qadar pada tahun ini, inshaaAllah. 

Seperti biasa dan seperti raya-raya sebelum ini, kami beraya dalam keadaan bersederhana sahaja. Tak lah beriya mana, sekadar meraikan Aildilfitri & Syawal bersama family. Uolls macam mana? Ada juga yang ke Tanah Suci, menyambut nya disana...alhamdulillah.

Dikesempatan ini, kami -Ezzanna- ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah silap, salah kata, salah laku pada semua. 

Selamat pulang ke kampung halaman, beraya bersama family. Jangan ikut kata menteri, nak jimat tak payah balik kampung. Dia mungkin takde family... Jaga diri dalam setiap perjalanan, dan jangan lupa baca doa! Salam Syawal semua!! 


Wednesday 24 June 2015

Kembali Kepada Allah

Assalamualaikum sahabat semua, lamakan tak update blog ni. Masing-masing sibuk dengan kerja, masalah dunia yang tak pernah nak habis. Pejam celik dah masuk bulan ramadhan, sekejap sangat rasanya, bumi berputar semakin pantas, tanda-tanda kiamat juga tu kan. Dan kalau kita tengok pun dekat facebook, berita, blog dan seangkatan dengannya, macam-macam yang berlaku.

Tak perlu pergi jauh pun, kita tengok dalam Malaysia sahaja, dalam negara kita ni, tempat kita sendiri. Negara yang kaya dengan kepelbagaian ekosistem. Berlaku bermacam-macam jenis bencana alam. Banjir luarbiasa di pantai timur, puting beliung di negara utara dan yang terbaru gempa bumi di Sabah. Gempa bumi kot. Kalau dulu Malaysia ni dikatakan tempat yang paling selamat kerana berada di atas garisan khatulistiwa. Tapi kalau Allah kata kun fayakun tu, jadi juga kan. 

Siapa kita nak menghalang kuasaNya. Sains cakap semua ni bencana alam, tapi kita yang sebagai Islam ni boleh fikir yang itu semua adalah peringatan atau hukuman dari Allah diatas kealpaan hambaNya. Diri yang menaip ini tidaklah seelok mana, tapi sekadar saling memperingati sesama kita. InsyaAllah. Salam Ramadhan buat sahabat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa berkat. Assalamualaikum.

Monday 29 September 2014

Aidiladha menjelma lagi...Qurban!!

Assalamualaikum,

Cepat sungguh masa berlalu kannnn. Rasanya baru je Raya Aidilfitri meninggalkan kita. Now, nak jumpa dah Raya Aidiladha. Kalau kat Mekah tu, menanti saat nak wukuf.. Bila tengok kat TV, bestnya Jemaah-jemaah haji yang dapat pergi tu, kalau tengok muka yang muda-muda, jelousnya lahaiii… Tapi, itulah rezeki diorang kan. Muda-muda, sihat lagi dapat jemputan & panggilan haji. Syukur Alhamdulillah, dalam pada jelous tu..sebenarnya tumpang happy jugak.

Kalau dah pernah pergi umrah, ada satu perasaan macam tak nak pergi negara lain..kalau boleh, nak kumpul duit memang untuk buat umrah je, selain kumpul sikit2 untuk pergi Haji. Sebab kalau pergi ke sana, hati tu cukup tenang. Kerja kat sini, langsung tak terfikir..semuanya hilang..masalah kerja pun langsung tak terlintas. Bila hati & jiwa tenang, sape tak suka kan…lagi-lagi Tanah Suci. MasyaAllah nikmat sungguh laaa!!! Ya Allah berikan kami peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mu…

Agak-agak sekarang ni dah boleh tengok package umrah kat tenet. Usha-usha & survey, mana tau ada rezeki dapat pergi lagi. Certain orang, walau dah daftar, tapi ada juga yang tak dapat pergi / kene tangguh. Sebab kan visa tak approve. Itulah, rezeki masing-masing..kalau Allah kata YES, maka YES lah ia. Segala urusan, baik buruk, setiap perkara datangnya dari Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai, diberkati, dan dirahmati.


Dikesempatan ini, kami nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Dalamilah pengertian ibadah Qurban, kebaikan & manfaatnya.