Friday 25 July 2014

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum,

Ramadhan bakal digantikan dengan Syawal. Kita akan merindui Ramadhan 2014. Dengan harapan, jumpa lagi tahun depan, inshaaAllah. Macam-macam ujian Allah beri untuk bulan yang mulia ini. Kita sebagai hambaNya harus redha, tabah dan kuat menghadapai setiap ujian dari-Nya. 

Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang sangat menyayat hati. Seluruh dunia berasa sedih, tragedi yang sangat tak terjangka. Mana tak nya, belum pun cukup setahun apetah lagi 6 bulan kapal terbang MAS MH 370 hilang, kita dikejutkan lagi dengan berita yang tragis iaitu MAS MH 17. Betapa besar ujian Mu Ya Allah. 

Setiap yang berlaku, ada hikmah dan pengajarannya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kita sebagai hambaNya haruslah muhasabah diri akan peristiwa-peristiwa ini. Jika kita sedih, ahli keluarga mereka lagi sedih. Allah...Kau Maha Esa. 

Kita disini, teruskan berdoa moga Malaysia dilindungi oleh Allah. Memang mati itu suatu kepastian, berdoalah semoga mati itu dalam iman dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya perkara yang paling hampir dengan kita ialah kematian.

Ramai juga yang telah meninggalkan kita di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah mereka yang pergi dijemput oleh Allah untuk kembali padaNya di bulan Ramadhan. Syawal kian menjelma, tapi harus di sambut sederhana. Moga kita semua berpada-pada. 

Selamat Hari Raya kami ucapkan. Semoga selamat perjalanan. 

Tadaa....pantun untuk semua.

Hari raya bakal menjelma,
Tua muda miskin dan kaya,
Tidak kira apa pun bangsa,
Sebab kita 1 Malaysia.

Ketupat dihidang bersama rendang,
Di pagi raya makan bersama,
Tidak lupa kuih dan lemang,
Lengkaplah menu di hari raya.

Syawal tiba seminggu lagi,
Bawak mercun kesana kemari,
Bila meletup hilanglah jari,
Baru menyesal kemudian hari.



No comments: