Friday 17 February 2012

Kenapa Valentine's Day HARAM ?

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri menyambut, menyertai dan merayakan Valentine’day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam.

Valentine’s day atau lebih dikenali dengan hari kasih sayang adalah khas untuk penganut agama kristian untuk mengenang Paderi Valentine yang telah menulis surat cinta sebelum beliau dihukum mati di Rome suatu ketika dahulu. Jadi biarkan lah sambutan Valentine’s day ini disambut oleh mereka yang beragama kristian dan kita yang beragama Islam tidak perlu terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.

Bagi Islam, setiap hari adalah hari kasih sayang terutama kpada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri, keluarga dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan. 

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Anda boleh juga tengok kat link bawah ni, berguna untuk memantapkan ilmu yang sedia ada. Kat link bawah ni juga, ada cerita lebih panjang and lanjut pasal Valentine’s Day.

Wednesday 15 February 2012

VANILLA COKLAT

Hahaha..gelak dulu..memang terbaik la citer ni..first2 dulu tengok tajuk.. "vanilla coklat?? Sape pulak pelakon dia ni?? Alahai..sama je citer, kahwin xde perasaan cinta then bercinta..bla bla bla..dah tau dh ending dia, malas la..."

Ntah macam mane kitorang lepak2 malam tu..tertengok la tv3, cerita ni..vanilla coklat..."eyh..kelakar gak citer ni".. Sape hero dia ni..pandai gak berlakon..laar.. Aiman Mentor rupenyer..ada bakat budak ni.."yg Izara tu rasanya memang dah ramai kenal since dia berlakon Sophiya n sebelum tu drama ape ntah yg dengan Norman Hakim tu..x ingat tajuk..cerita2 sebelum ni Izara ni selalu bawak watak garang and serius..tapi kali ni nampak lain..nampak real..ok la tu..versatiles.. and kalau u all perasan Izara ni ada iras2 Kristine Hermosa..hmmm.. tak percaya?? Tgk ni..


Haaa!!! Disebabkan kitorang tengok dah kat tengah2 episode..jadi.... www.tonton.com.my la menjadi tempat persinggahan.. (wahhh..promote ni..)

So..lepas tengok..rasa macam nak download pulak..boleh ker?? Layannnn....