Friday 30 December 2011

Happy New Year 2012..!!!

Assalamualaikum..

Hi you all, lagi beberapa hari, jam dan saat kita akan melangkah ke Tahun Baru 2012. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Happy New Year 2012. Wahh macam bagi ucapan raya..haha.. Semoga hari-hari yang akan mendatang dapat ditempuhi dengan penuh keberkatan. Semoga sepanjang tahun 2012, Allah memberikan kita semua kesihatan yang baik serta meluaskan rezeki yang ada. Amin. 





Tuesday 20 December 2011

Candylicious...

Hello!
Finally, kami berkesempatan untuk masuk ke dalam kedai candy yang membuat jiwa berkocak ni. How sweet..so colorful. Rupanya, kedai ni bukan saja menjual candy, chocolate and sweet. Tapi, ada pelbagai lagi barangan termasuklah T-Shirt (M&M), Blanket, Choc / Candy Dispenser, Cushion, Stationery, Botol Air, Set Sudu Garfu, Gift untuk bagi kat orang and macam-macam lagi. Banyak wo!!

Masa mula-mula masuk, dapat candy free. Then, tangan ni mula la gatal keluarkan HP, on camera..snap-snap view dalam kedai ni. Snap punya snap, sampai kat bahagian belakang...suddenly kene tegur dengan sorang budak ni. Kecik je budak ni, dah memandai nak tegur orang yer. Haha tapi nak buat macam mana, dah itu tugas dia kan...

Dia tegur dengan nada action, "no photograph...". Then, dengan muka ala-ala gappas "oopps yeke? okay..sorry". Adoii!! Mana la tahu, tak boleh snap-snap picture. Tak nampak sign board pun...hahaha (ntah-ntah memang tercongok sign tu). Dah la excited tengok keindahan colorful dalam tu.

BUT!!

Still ada picture-picture yang boleh di share kan untuk tatapan you all. Hahaha (balas dendam kat budak tu). Even tak dapat nak show sampai ke belakang kedai, depan dan tengah kedai pun jadi ler..asalkan ada. Yeay!!

So, enjoice!!



















Comment: This shop is so nice and sweet.
Price : Some item considered as high price. Some are ok (you decide - it's your choice).

Baekkk punya!!

Candy!

Hi All,
Semalam, kita cerita pasal X-Mas and persiapan New Year kan? So, today pulak, kita nak cerita pasal yang related jugak la yer. Saja nak share pictures with all of you. Picture-picture sekitar Old Wing - One Utama Shopping Mall. Semalam balik kerja, saja snap-snap macam tourist la pulekk..ahaks. Yang excitednya, sebab the largest candy shop in the world (ada orang ler cakap - largest), baru bukak…nampak macam menarik plus tertarik kau memang da bomb!

Kalau dari luar tengok kedai tu, rasa kaki ni macam bergerak sendiri pulak nak ke sana. Macam ada magnet..gravity kuat semacam.. Apa pun, from our point of view, memang this shop is so sweet!! Seiring dengan nama dia “Candylicious”. 




Cantik kan?? Dalam dia lagi best…macam-macam you all boleh beli. Kalau bawak budak-budak, bankrupt lerrr mak bapak budok…adehh. But seriously, kedai ni memang best. Rosak la gigi kalau hari-hari terpegun dengan kedai ni…ni baru kat luar je ni, sebab semalam nak balik dah. Tak masuk lagi..so, nanti we all masuk…and if boleh snap picture kat dalam kedai ni, we’ll update you soon!!

Then, tetiber nak jalan menuju ke lift (nak ke parking), terasa tangan ni gatal snap-snap benda lain yang rasa macam cute je.



So, you all…welcome to One Utama. Hahaha..promote? Nolaa…

See you all again!!

Monday 19 December 2011

2011 to 2012...


Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update blog. Kami tak berkesempatan, memandangkan kadar kesihatan yang tidak memberangsangkan…wahh bahasa skema! Lately, ramai yang ada health problem kan..so, you guys..silalah jaga kesihatan tu. Memandangkan tahun 2012 dah nak masuk, jagalah pemakanan, kesihatan anda sefamily.

Christmas dah nak dekat. Kita yang Melayu ni, takdela nak sambut kan.. But the promotion, bukan main lagi..amboi-amboi. Pergi sana, X-Mas…pergi sini, X-Mas.. Dah rasa duduk overseas la pulekk.. Shopping Mall pun banyak hias-hias untuk diorang sambut X-Mas. Banyak la booth-booth dibuka, ape lagi…sambil menyelam minum air. Mana-mana yang rasa nak beli tu, kita beli..hehe…nampak kot-kot boleh dibuat perhiasan cantik and cute, so…beli..mana la tau boleh buat persiapan raya ke kan..haha..
  
Tahun baru 2012 dah nak dekat. Sekejapnya la haiiii tahun 2011 ni berlalu. Tanpa kita sedari juga, tahun ni kita banyak lalui perkara-perkara yang tidak diingini. Semua tu dengan izin Allah. Kalau you all ingat balik, zaman dulu..zaman jahilliah…macam-macam perkara yang berlaku. Manusia zaman tu mengingkari segala perintah Allah. Then, you all tengok apa jadi zaman sekarang? Macam kembali kepada zaman dulu. MasyaAllah takutnya rasa. So, kita yang masih ada kesedaran ni, bantu-bantulah generasi kita, bangsa kita, agama kita. Marilah kita buat solat taubat, perbanyakkan ilmu dan amal ibadat. InsyaAllah..

So, disini..kami nak ucapkan Selamat Hari-Hari kepada semua. Semoga hari-hari anda ceria dan bahagia...senyum je - diri rasa bahagia (^_^).


Sunday 11 December 2011

Hols at CH..


Hi Wassup-wassup….

Apa cerita you all weekend ni? Best ke? Sesiapa yang kerja area Selangor mesti rasa best sebab cuti sampai Monday. Yahoo!! 

Tetiba kami teringat hols kat Cameron Highland dulu-dulu. Memang tak dinafikan kat sana nyaman..tapi sekarang ni macam dah banyak berubah. Serious tak macam dulu lagi, zaman kita kanak-kanak…pergi sana macam pergi London. Sejuk seyhh…

Nowadays, semua dah change…environment kat sana dah kian merosot dengan pembangunan. Contractor cari duit buat hotel / apartment..untuk pengunjung visit. Tapi, alam sekitar habis di sisihkan. (tanah runtuh kat penempatan orang asli – siapa salah? Fikir-fikirkan lahh).


View : Ladang Teh

Bunga-bunga kat pasar

Alhamdulillah, masa kami pergi haritu, at least masih ada nampak lagi hijau-hijau..hehe… Cameron Highland…terkenal dengan strawberry. Apa yang kami perasan, musim hujan, strawberry lebih manis dari biasa. You all try la..tapi musim hujan kan…sape pulak yang nak berjalan naik ke atas nun. Bahaya kot kalau lalu Tapah.

Ahaa, kami kalau ke sana..living accommodation memang free. Nak tau macam mane boleh free? Haha jangan jelous… Actually Deanna’s sister, stay kat Cameron. Dia kerja sana, so mesti la hotel kami free. Yehaa…Kalau pergi sana, ready duit makan, minyak and jalan-jalan je..

Pergi sana..tak sah kalau tak tengok benda-benda cantik. Pokok-pokok, bunga, cactus, strawberry, semuanya looks nice and beauty. Bila snap pictures, baru perasan quality warna tumbuh-tumbuhan tu cantik bangat…warna melambangkan keharmonian..


Flowers


Ezzanna




Cactus



Lavendar


Big cactus


Mom & chilies


Rose




Then, pergi pulak ke pasar-pasar..sayur dan buah…fresh wo! Bawak balik, jangan banyak-banyak sangat..sebab turun dari Cameron, cuaca pun dah lain..alamatnya? Layu ler sayur tu jawabnya…berpada-padalah kalau nak menyopping…

Demikianlah picture-picture yang dapat kami share kan…if ada lagi picture nanti kami upload yeahh… Tata you all~

Monday 5 December 2011

After tonton Ombak Rindu...

Hi All…dah tengok Ombak Rindu? Yes..we all dah…on last Saturday. Dari 5 bintang yang kita ada, we all bagi 3.5 bintang. Jalan cerita tak berapa sama dengan dalam novel. Maybe sebab novel terlalu panjang, so nak dipendekkan..kira ok laa. Not bad, dengan pelakon-pelakon hebat…credit to them…

Masa tayangan at 1.45pm – Cineleisure Cathay Damansara. Lepas beli popcorn and drink, we all pun masuk..then, ada 2 orang tetibe masuk, siap bawak microphone lagi.. Diorang cakap, “sorry yer, tayangan hari ni kita start lambat sikit…sebab kita ada sesuatu”…Wahh we all dah assumed yang ada kerosakan technical. Then, orang tu sambung “kita ada sesuatu untuk anda semua..tak rugi you all beli ticket time ni”.. Kitorang dah tersenyum-senyum…“Ada tetamu istimewa....bla bla bla”…

Hooray!! “Berikan tepukan untuk tetamu-tetamu kita…Lisa Surihani dan Maya Karin”…
Kebaboom, sorakan macam stadium bola (kecoh je cerita, padahal ok ok je). Bestnyerr..Lisa & Maya datang..buat kezutan. Ada la penonton yang dapat hadiah dari diorang. Kitorang tak dapat pun, hahaha…(low profile, cehh :p)…

Apa-apa pun, thanks to Lisa & Maya..they are very pretty-pretty wow and cute. Very humble and cantik!! Menjadikan hari Sabtu kami ~bahagia~…..pheuww.


So, lepas dah excited dengan Lisa & Maya, diorang pun balik…say goodbye… Tayangan start. Ada part we all ketawa, ada yang sedih. Tapi, bagi kami, part sedih dia…tak sedih sampai dalam jiwa..maybe sebab ada part yang we all boleh ketawa-ketawa. Kalau sedih je sepanjang cerita tu, mesti masyuk dalam hati. Tapi, ada jugak kedengaran iskk iskk…sob sob sob…macam biasa, masing-masing cover…hehe.

Overall, we can say…movie Ombak Rindu nice to watch. Thumbs Up!!

p/s : Tak berapa gemar Azizah Mahzan…haha.

Friday 2 December 2011

Miss Wave / Ombak Rindu

Assalamualaikum…
Hi semua…jumpa lagi kita. Jarang-jarang we all update blog ni kan. Maklumlah, kerja tak mengira masa (cewah budget menteri). So, dah plan apa nak buat weekend ni? Yelaa, dah kerja bagai nak rak sepanjang 4 hari ni (Isnin kan cuti Awal Muharram), dengan closing nya lagi, mesti rasa nak release stress sikit during weekend ni kan.

Ahaa, nak tau apa plan kami? Hehe suspend la kunun. Nak pergi tengok wayang je pun…bukan pergi holiday. Nak tengok cerita apa? Cerita yang baru saja keluar…iaitu Ombak Rindu. Dulu-dulu baca novel dia, best wo! Ada la setitis dua air mata jatuh (padahal segayung). So, nak try pula tengok cerita tu in visual. But of course tak kan sebiji sama macam dalam novel. Layannnn je lahhh…




Sinopsis Novel Ombak Rindu.

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa melayu  karya Fauziah Ashari.. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu. Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ahaa…ni sinopsis je. Kalau nak tau kesudahannya, korang boleh beli novel dia ataupun sesiapa yang pernah membelinya, sila-silalah selongkar balik kotak dan almari korang tu. Ntah-ntah dah terjual kot? Hehe..

Sesiapa yang malas nak beli-beli novel tu, beli saja la tiket wayang tu. Tengok dan layann~. Tapi tak sama sangat la macam dalam novel. Dialog, metafora (betul ke ni?), ada la sedikit perbezaan.

So, kepada sesiapa yang nak pergi menonton tu, selamat menonton diucapkan. Kami pergi tengok pun sebab novel tu best dan pelakon-pelakon dia yang memang kitorang suka!! Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Lagi naik mood nak tengok…

Ok guys and girls. Semoga ketemu lagi ya..aduh aduh. Happy Weekend!!