Monday 14 May 2012

Makan-Makan @ BBQ & Steamboat


Hi u olls. Blog ni memang lama tak update, sebab nama pun blog suka-suka, untuk masa lapang jer… Al-maklumlah, kebizian kami ni susah nak cakap. Tapi, dalam kebizian pun, kami ada jugak laa jalani rutin harian seperti biasa. Sorry ya semua...

Last week, we all pergi makan malam..berdua jer, sebab orang lain tak mau ikut. Ajak kakak, anak-anak dia ada kelas mengaji la pulak. So, kami berdua jer yang pergi sebab memang teringin sangatlah nak makan BBQ & Steamboat. Lama pun tak makan…so, we decided untuk pergi Jumaat malam lepas solat Maghrib. Kalau dah 9 keatas tu, dah start nak penuh sebab malam Sabtu, esoknya tak kerja..makan la ape lagi…haha.

Tempat yang we all pergi tu, best laa…bagi 4 bintang daripada 5. Sebab puas…RM20 per person, boleh ambil apa saja yang u olls mau. Makan la berapa round pun, tetap RM20. Semua ada, kiranya 1 package la. BBQ & Steamboat, air, ais krim, desert. Semua dah masuk sekali RM20 tu. Ok la kan..

Tempat yang best tu ialah…..

KAFE D'MANGGIS
STEAMBOAT & BBQ @ KUANG, SELANGOR
6.00pm - 12.00tengah malam (midnight)

ALAMAT PREMIS PERNIAGAAN
Kafe D’manggis, 254, Batu 17, Lorong Manggis
Kampung Cempedak, Kuang, 48050 Rawang, SELANGOR D.E.

BUTIRAN NOMBOR TELEFON
Tel.: +603-6038 6844
Cik Min: +6019-233-1973

Banyak lagi info boleh anda dapatkan di link bawah ni:

 Tengok gambar-gambar ni sebagai review. Mana tau dapat menaikkan semangat u olls nak pergi makan kat sana. So, we all tunjuk serba sedikit kawasan D'Manggis ni.







So u olls, try la makan kat sini. Best, sedap, selesa, parking pun senang, pekerja-pekerja ok, manager yang ramah…hehe. Kalau u olls tak nak makan BBQ & Steamboat pun takpe. Ada jugak bahagian lain yang disediakan. Nak makan goring-goreng? Masakan panas? Apa saja, semuanya boleh disediakan.

So, we all plan nak pergi lagi dalam bulan ni. Makan-makan bersama, eratkan silaturrahim. Tapi, makan, makan jugak. Kesihatan kena jaga ya. Lepas makan banyak, esoknya bersenam. Buat la kerja rumah, bagi keluar peluh sikit.

Ok u olls, selamat mencuba!! Kami pasti anda tidak menyesal. Kami seikhlas hati, nak share dengan u olls tempat makan sedap ni. Bukan apa, boleh bawak family and friends.
Selamat makan dengan hati yang senang gembira lalalala~

Monday 7 May 2012

MENGAPA HAWA TERCIPTA DI SAAT ADAM TERTIDUR

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu. Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang!