Thursday 9 July 2015

Syawal 2015

Assalamualaikum uolls,

Seminggu lagi Syawal akan menjelang. 10 malam terakhir untuk kita melaksanakan amal ibadat di bulan Ramadan. Semoga jumpa lagi Ramadan tahun depan, dan semoga kita mendapat malam Lailatul Qadar pada tahun ini, inshaaAllah. 

Seperti biasa dan seperti raya-raya sebelum ini, kami beraya dalam keadaan bersederhana sahaja. Tak lah beriya mana, sekadar meraikan Aildilfitri & Syawal bersama family. Uolls macam mana? Ada juga yang ke Tanah Suci, menyambut nya disana...alhamdulillah.

Dikesempatan ini, kami -Ezzanna- ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah silap, salah kata, salah laku pada semua. 

Selamat pulang ke kampung halaman, beraya bersama family. Jangan ikut kata menteri, nak jimat tak payah balik kampung. Dia mungkin takde family... Jaga diri dalam setiap perjalanan, dan jangan lupa baca doa! Salam Syawal semua!! 


No comments: