Wednesday 24 June 2015

Kembali Kepada Allah

Assalamualaikum sahabat semua, lamakan tak update blog ni. Masing-masing sibuk dengan kerja, masalah dunia yang tak pernah nak habis. Pejam celik dah masuk bulan ramadhan, sekejap sangat rasanya, bumi berputar semakin pantas, tanda-tanda kiamat juga tu kan. Dan kalau kita tengok pun dekat facebook, berita, blog dan seangkatan dengannya, macam-macam yang berlaku.

Tak perlu pergi jauh pun, kita tengok dalam Malaysia sahaja, dalam negara kita ni, tempat kita sendiri. Negara yang kaya dengan kepelbagaian ekosistem. Berlaku bermacam-macam jenis bencana alam. Banjir luarbiasa di pantai timur, puting beliung di negara utara dan yang terbaru gempa bumi di Sabah. Gempa bumi kot. Kalau dulu Malaysia ni dikatakan tempat yang paling selamat kerana berada di atas garisan khatulistiwa. Tapi kalau Allah kata kun fayakun tu, jadi juga kan. 

Siapa kita nak menghalang kuasaNya. Sains cakap semua ni bencana alam, tapi kita yang sebagai Islam ni boleh fikir yang itu semua adalah peringatan atau hukuman dari Allah diatas kealpaan hambaNya. Diri yang menaip ini tidaklah seelok mana, tapi sekadar saling memperingati sesama kita. InsyaAllah. Salam Ramadhan buat sahabat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa berkat. Assalamualaikum.

No comments: