Monday 8 April 2013

Syukur Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

Hari menjelang hari,
Hati ni hiba je rasa. Kenapa ya? Perasaan yang teramat rindu suasana di Madinah & Mekah, tak dapat digambarkan.
Apa yang rasa kurang ya? Macam-macam betul dalam fikiran ni. Rasa banyak lagi dosa, berat lagi diri ni nak berubah. 

Dulu, sebelum fly ke Tanah Suci, dah janji pada diri..nak berubah. 
Nak bersihkan hati, sucikan diri. Nak putihkan segala yang hitam.
Nak kurangkan bercakap, sebab lagi banyak cakap lagi banyak pulak dosa.
Then, nak perbaiki diri...zaman lalu biarkan berlalu, jadikan kenangan, tauladan & pengajaran.

Now & sekarang!! Kene! Harus! Kalau dulu, seminggu sekali baca Yassin, baca Al-Quran. Now? Boleh tak double or triple kan? InsyaAllah... Now jugak, baru sedar nak balance kan dunia & akhirat. Selama ni, banyak ke arah dunia je. Ya Allah...berdosanya rasa... Iskkkkkk....

Bila Allah dah terima kita jadi tetamu-Nya, Ya Allah alhamdulillah syukur. 
Terima kasih ya Allah..kerana bagi kami peluang. Peluang ni lah yang paling dinantikan. 
Sesiapa yang waras pun akan cakap peluang ni paling dinantikan. 

Pada waktu ketikanya Allah menjemput, tiada yang lain dalam fikiran ni.
Rasa nak menitis air mata once register. Memang perasaan yang tak dapat digambarkan.
Walau ini bukan kali pertama, tapi..at least di kala ini kita makin matang dan dewasa.
So, dah berjinak-jinak untuk belajar lebih mendalam ilmu agama.
Dah tau sikit sebanyak tentang selok belok madinah & Mekah.
Alhamdulillah.

After few months dah balik ni, memang janji pada diri...insyaAllah...akan pergi lagi!!
Sesungguhnya tempat paling indah didunia ialah Tanah Suci.

Sama-sama kita doa, moga kita semua dapat menjadi tetamu Allah yang Agung.
Untuk diri kami?? Moga kami diberi peluang lagi & moga kami terus membuat penghijrahan untuk ke jalan-Nya. Allah huakbar!

Be good to one another! 

No comments: