Friday 2 December 2011

Miss Wave / Ombak Rindu

Assalamualaikum…
Hi semua…jumpa lagi kita. Jarang-jarang we all update blog ni kan. Maklumlah, kerja tak mengira masa (cewah budget menteri). So, dah plan apa nak buat weekend ni? Yelaa, dah kerja bagai nak rak sepanjang 4 hari ni (Isnin kan cuti Awal Muharram), dengan closing nya lagi, mesti rasa nak release stress sikit during weekend ni kan.

Ahaa, nak tau apa plan kami? Hehe suspend la kunun. Nak pergi tengok wayang je pun…bukan pergi holiday. Nak tengok cerita apa? Cerita yang baru saja keluar…iaitu Ombak Rindu. Dulu-dulu baca novel dia, best wo! Ada la setitis dua air mata jatuh (padahal segayung). So, nak try pula tengok cerita tu in visual. But of course tak kan sebiji sama macam dalam novel. Layannnn je lahhh…




Sinopsis Novel Ombak Rindu.

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa melayu  karya Fauziah Ashari.. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu. Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ahaa…ni sinopsis je. Kalau nak tau kesudahannya, korang boleh beli novel dia ataupun sesiapa yang pernah membelinya, sila-silalah selongkar balik kotak dan almari korang tu. Ntah-ntah dah terjual kot? Hehe..

Sesiapa yang malas nak beli-beli novel tu, beli saja la tiket wayang tu. Tengok dan layann~. Tapi tak sama sangat la macam dalam novel. Dialog, metafora (betul ke ni?), ada la sedikit perbezaan.

So, kepada sesiapa yang nak pergi menonton tu, selamat menonton diucapkan. Kami pergi tengok pun sebab novel tu best dan pelakon-pelakon dia yang memang kitorang suka!! Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Lagi naik mood nak tengok…

Ok guys and girls. Semoga ketemu lagi ya..aduh aduh. Happy Weekend!!

2 comments:

Anonymous said...

Datuk Sufiah tu sape pulak?

Ezzanna said...

Datuk Sufiah tu ibu kepada Haris..