Tuesday 29 November 2011

Awal Muharram

Hi semua…Salam Maal Hijrah 1433M, 1 Muharram…Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apakah penghijrahan kita? Masing-masing mesti ada tanamkan azam nak jadi lebih baik, lebih sihat, lebih kurus, lebih berisi, lebih banyak duit…serba serbi lebih. Tapi kene ingat yer, even semuanya nak berlebihan, kita kene juga simple-simple. Sederhana gitu...

Before masuknya waktu Maghrib (penghujung waktu Asar), kita sama-sama bacakan Doa Akhir Tahun. Sebolehnya 3 kali bacaan. Baca Yasin…dan solat Maghrib. Niat Hijrah kita, perbuatan kita semua kerana Allah SWT. InsyaAllah.



Doa Awal Tahun pula, dibaca selepas solat Maghrib. Sebolehnya 3 kali bacaan. Mudah-mudahan kita semua berhijrah kearah kebaikan kerana Alla SWT. Amin..



So, dah cuti 3 hari, mesti rasa malas-malas je nak masuk kerja kan. Biasalah, dah guling-guling atas katil, dapat bangun lambat…mandi pun ala-ala nak ke tengah hari. Haha.. No more breakfast. Terus ke brunch. Nama pun cuti kan..eleyhh macam tak biasa. Korang pun sama je..hehe. Bila dah dapat cuti, ape lagi..mesti la kita cuti abis-abisan.

So guys, Salam Maal Hijrah…semoga penghijrahan kita membuahkan hasil dan mengikut jalan Allah SWT.

No comments: