Thursday 24 November 2011

Antara Haiwan Yang Paling Rakus

Hari ni hari Khamis, so nak share fakta tentang haiwan yang paling rakus. Nampak macam tak kena mengena je kan. Hehehe.. Actually, saja je nak share sebelum korang semua dan kitorang  balik kerja. So, kat bawah ni adalah beberapa jenis haiwan yang paling rakus, sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan yang rakus kat dunia ni. Ni antara yang dapat disharekan bersama...

1. Hiu Macan

Hiu Macan ni akan makan apa je yang ada  di depannya, tak kisah la kasut ke, pinggan mangkuk ke sampai la ke peralatan perang pernah dijumpai  dalam perutnya. Kadang kala juga dia menggigit sesuatu yang tak mustahil. Kalau dia rasa nak kunyah, dia ngap je.. Keganasan hiu macan ini sebenarnya sejak sebelum mereka lahir lagi. Mereka saling makan antara satu sama lain ketika masih dalam perut ibunya lagi. Tak percaya?

2. Babi

Haha..haiwan  ini pun sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Geli pun ada dengan dia ni. Satu fakta tentang haiwan ini, ia suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najis.

3. Burung pemakan bangkai

Burung ini merupakan karnivor tahap satu. Mereka akan makan bangkai binatang sebanyak mungkin dan secepat mungkin, sehinggalah berat mereka menjadi 20 % lebih berat dari berat sebelum makan.

4.Kelawar Vampire

Tak pasti nama sebenar haiwan ini apa. Haiwan  ini kecil je, tapi giginya sangat tajam hingga boleh menembusi pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 senduk teh sekali gigit.Wow!! Haiwan ini sebelum menghisap darah, dia akan "mengencingi" korbannya terlebih dahulu. Eiuwww...

5. Ular Piton

Tak pasti nama sebenar haiwan ini apa. Haiwan  ini kecil je, tapi giginya sangat tajam hingga boleh menembusi pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 senduk teh sekali gigit.Wow!! Haiwan ini sebelum menghisap darah, dia akan "mengencingi" korbannya terlebih dahulu. Eiuwww...

6. Argentinean wide-mouthed frog


Okay satu soalan,apa beza katak dengan kodok? Cepat jawab.Ia juga dikenali sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini makan apa aja seperti tikus dan ular. Perut dia ni sampai boleh koyak disebabkan kekenyangan. Burppp...

7. Burung Kolibri

Burung Kolibri ni kecil je,tapi ia memerlukan makanan setiap 10 minit. Dengan sayap yang selalu mengepak sebanyak 200 kali setiap minit dan jantung yang berdetak 1200 kali dalam seminit, Kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon.

8. Tasmanian Devil
Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan 40% dari tubuhnya dalam tempoh 30 minit. Mungkin terdengar biasa aja, tapi mari kita bandingkan dengan manusia, ia bersamaan dengan kita makan 216 hamburger dalam tempoh yang sama. Wow!!!

No comments: