Monday 14 May 2012

Makan-Makan @ BBQ & Steamboat


Hi u olls. Blog ni memang lama tak update, sebab nama pun blog suka-suka, untuk masa lapang jer… Al-maklumlah, kebizian kami ni susah nak cakap. Tapi, dalam kebizian pun, kami ada jugak laa jalani rutin harian seperti biasa. Sorry ya semua...

Last week, we all pergi makan malam..berdua jer, sebab orang lain tak mau ikut. Ajak kakak, anak-anak dia ada kelas mengaji la pulak. So, kami berdua jer yang pergi sebab memang teringin sangatlah nak makan BBQ & Steamboat. Lama pun tak makan…so, we decided untuk pergi Jumaat malam lepas solat Maghrib. Kalau dah 9 keatas tu, dah start nak penuh sebab malam Sabtu, esoknya tak kerja..makan la ape lagi…haha.

Tempat yang we all pergi tu, best laa…bagi 4 bintang daripada 5. Sebab puas…RM20 per person, boleh ambil apa saja yang u olls mau. Makan la berapa round pun, tetap RM20. Semua ada, kiranya 1 package la. BBQ & Steamboat, air, ais krim, desert. Semua dah masuk sekali RM20 tu. Ok la kan..

Tempat yang best tu ialah…..

KAFE D'MANGGIS
STEAMBOAT & BBQ @ KUANG, SELANGOR
6.00pm - 12.00tengah malam (midnight)

ALAMAT PREMIS PERNIAGAAN
Kafe D’manggis, 254, Batu 17, Lorong Manggis
Kampung Cempedak, Kuang, 48050 Rawang, SELANGOR D.E.

BUTIRAN NOMBOR TELEFON
Tel.: +603-6038 6844
Cik Min: +6019-233-1973

Banyak lagi info boleh anda dapatkan di link bawah ni:

 Tengok gambar-gambar ni sebagai review. Mana tau dapat menaikkan semangat u olls nak pergi makan kat sana. So, we all tunjuk serba sedikit kawasan D'Manggis ni.







So u olls, try la makan kat sini. Best, sedap, selesa, parking pun senang, pekerja-pekerja ok, manager yang ramah…hehe. Kalau u olls tak nak makan BBQ & Steamboat pun takpe. Ada jugak bahagian lain yang disediakan. Nak makan goring-goreng? Masakan panas? Apa saja, semuanya boleh disediakan.

So, we all plan nak pergi lagi dalam bulan ni. Makan-makan bersama, eratkan silaturrahim. Tapi, makan, makan jugak. Kesihatan kena jaga ya. Lepas makan banyak, esoknya bersenam. Buat la kerja rumah, bagi keluar peluh sikit.

Ok u olls, selamat mencuba!! Kami pasti anda tidak menyesal. Kami seikhlas hati, nak share dengan u olls tempat makan sedap ni. Bukan apa, boleh bawak family and friends.
Selamat makan dengan hati yang senang gembira lalalala~

2 comments:

Anonymous said...

nk mkn ajak la saya skali klu xda org nk ikut la..

Ezzanna said...

hehe insyaAllah...kalau rasa nak follow, nnt hapdet la kat sini ya...(padahal blog ni pun x berapa nk hapdet)...haha