Hi u olls. Blog ni memang lama tak update, sebab
nama pun blog suka-suka, untuk masa lapang jer… Al-maklumlah, kebizian kami ni
susah nak cakap. Tapi, dalam kebizian pun, kami ada jugak laa jalani rutin
harian seperti biasa. Sorry ya semua...
Last week, we all pergi makan malam..berdua jer,
sebab orang lain tak mau ikut. Ajak kakak, anak-anak dia ada kelas mengaji la
pulak. So, kami berdua jer yang pergi sebab memang teringin sangatlah nak makan
BBQ & Steamboat. Lama pun tak makan…so, we decided untuk pergi Jumaat malam
lepas solat Maghrib. Kalau dah 9 keatas tu, dah start nak penuh sebab malam
Sabtu, esoknya tak kerja..makan la ape lagi…haha.
Tempat yang we all pergi tu, best laa…bagi 4
bintang daripada 5. Sebab puas…RM20 per person, boleh ambil apa saja yang u olls mau. Makan
la berapa round pun, tetap RM20. Semua ada, kiranya 1 package la. BBQ &
Steamboat, air, ais krim, desert. Semua dah masuk sekali RM20 tu. Ok la kan ..
Tempat yang best tu ialah…..
KAFE D'MANGGIS
STEAMBOAT
& BBQ @ KUANG, SELANGOR
6.00pm -
12.00tengah malam (midnight)
ALAMAT
PREMIS PERNIAGAAN
Kafe
D’manggis, 254, Batu 17, Lorong Manggis
Kampung
Cempedak, Kuang, 48050 Rawang, SELANGOR D.E.
BUTIRAN
NOMBOR TELEFON
Tel.:
+603-6038 6844
Cik Min:
+6019-233-1973
Banyak
lagi info boleh anda dapatkan di link bawah ni:
So u olls, try la makan kat sini. Best, sedap,
selesa, parking pun senang, pekerja-pekerja ok, manager yang ramah…hehe. Kalau
u olls tak nak makan BBQ & Steamboat pun takpe. Ada jugak bahagian lain yang disediakan. Nak
makan goring-goreng? Masakan panas? Apa saja, semuanya boleh disediakan.
So, we all plan nak pergi lagi dalam bulan ni.
Makan-makan bersama, eratkan silaturrahim. Tapi, makan, makan jugak. Kesihatan
kena jaga ya. Lepas makan banyak, esoknya bersenam. Buat la kerja rumah, bagi
keluar peluh sikit.
Ok u olls, selamat mencuba!! Kami pasti anda
tidak menyesal. Kami seikhlas hati, nak share dengan u olls tempat makan sedap
ni. Bukan apa, boleh bawak family and friends.
Selamat makan dengan
hati yang senang gembira lalalala~
2 comments:
nk mkn ajak la saya skali klu xda org nk ikut la..
hehe insyaAllah...kalau rasa nak follow, nnt hapdet la kat sini ya...(padahal blog ni pun x berapa nk hapdet)...haha
Post a Comment