Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan
disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri menyambut, menyertai dan merayakan
Valentine’day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam.
Valentine’s day atau lebih dikenali dengan hari kasih
sayang adalah khas untuk penganut agama kristian untuk mengenang Paderi
Valentine yang telah menulis surat cinta sebelum
beliau dihukum mati di Rome
suatu ketika dahulu. Jadi biarkan lah sambutan Valentine’s day ini disambut oleh
mereka yang beragama kristian dan kita yang beragama Islam tidak perlu
terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.
Bagi Islam, setiap hari adalah hari kasih sayang
terutama kpada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri, keluarga
dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia
kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak
pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya
yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh
Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama
Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM
membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak
meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Anda boleh juga tengok kat link bawah ni, berguna untuk
memantapkan ilmu yang sedia ada. Kat link bawah ni juga, ada cerita lebih panjang
and lanjut pasal Valentine’s Day.
2 comments:
Memang xsambut valentine....
Great!!
Post a Comment