Hi semua…jumpa lagi kita. Jarang-jarang
we all update blog ni kan .
Maklumlah, kerja tak mengira masa (cewah budget menteri). So, dah plan apa nak
buat weekend ni? Yelaa, dah kerja bagai nak rak sepanjang 4 hari ni (Isnin kan cuti Awal Muharram), dengan closing nya lagi, mesti
rasa nak release stress sikit during weekend ni kan .
Ahaa, nak tau apa plan kami? Hehe
suspend la kunun. Nak pergi tengok wayang je pun…bukan pergi holiday. Nak
tengok cerita apa? Cerita yang baru saja keluar…iaitu Ombak Rindu. Dulu-dulu
baca novel dia, best wo! Ada
la setitis dua air mata jatuh (padahal segayung). So, nak try pula tengok
cerita tu in visual. But of course tak kan
sebiji sama macam dalam novel. Layannnn je lahhh…
Sinopsis Novel Ombak Rindu.
Ombak Rindu adalah sebuah
novel berbahasa melayu karya Fauziah Ashari.. Ia berkisarkan tentang
kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu. Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka
akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas
memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh
Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup
menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa
mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz.
Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan
membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya
Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon
terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.
Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan
Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah
tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk
Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Ahaa…ni sinopsis je. Kalau nak tau kesudahannya, korang boleh beli novel
dia ataupun sesiapa yang pernah membelinya, sila-silalah selongkar balik kotak
dan almari korang tu. Ntah-ntah dah terjual kot? Hehe..
Sesiapa yang malas nak beli-beli novel tu, beli saja la tiket wayang tu. Tengok
dan layann~. Tapi tak sama sangat la macam dalam novel. Dialog, metafora (betul
ke ni?), ada la sedikit perbezaan.
So, kepada sesiapa yang nak pergi menonton tu, selamat menonton diucapkan. Kami
pergi tengok pun sebab novel tu best dan pelakon-pelakon dia yang memang
kitorang suka!! Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani. Lagi naik mood nak
tengok…
Ok guys and girls. Semoga ketemu lagi ya..aduh aduh. Happy Weekend!!
2 comments:
Datuk Sufiah tu sape pulak?
Datuk Sufiah tu ibu kepada Haris..
Post a Comment