Dear Diary,
Ku punyai satu masa, rasa keagungan sangat dalam, bebas.
Semua itu ku genggam erat, tidak ku lepas.
Masa kan berubah, pudar kian hilang.
Dimana harus aku percaya. Kata kamu indah belaka.
Ku simpan tapi tetap hilang, bagaimana harus aku kekalkan.
Sama, tiada beza. Aku cuba untuk lupa.
Tapi dulu indah segala. Mana mungkin aku buang saja.
Padah, rebah. Aku kosong, tiada isinya.
Kamu pergi, tidak kembali. Aku tahu, manusia itu mati.
Bicara aku sama kamu, titik. Tiada lagi.
Sakit. Pedih. Aku jalani selama ini.
Aku tahu kamu di tempat paling indah sekali.
Aku juga tahu kamu itu budinya suci.
Benar kamu sudah tiada.
Aku sedar mati itu pasti.
Rindu. Cinta. Kamu itu paling agung.
Tiada lagi kamu yang kedua.
Ikhlas. Jujur. Hati kamu buat aku.
Kamu pergi, aku jatuh. Aku diri, tanpa kaki.
Aku tidak kuat. Aku sakit sangat.
Ini cara aku luah segala.
Mungkin dapat sedikit lega.
Bukan aku minta simpati.
Hanya kenangkan kamu yang pergi.
Doaku untuk kamu hari-hari.
Selamat tinggal CINTA. Kamu CINTA paling agung.
#AlFatihahChe
Pretty-Pretty Wow
Friday, 10 March 2017
Tuesday, 24 May 2016
Ramadan Bakal Tiba
Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan. Seiring dengan tajuk, kita berbahasa Arab sikit. Nak masuk Ramadan kan, seronok gak belajar bahasa Arab. Al-Lughah Al-Arabiyah. Giteww...
Well, now dah bulan May. Akhir bulan May. Sikit lagi dah nak Ramadan, tak sabar, nervous, happy...semua perasaan ada. Maklumlah, setahun sekali je kita sambut Ramadan kan. Sepanjang tahun kita mengejar dunia, mengejar harta, mengejar masa yang tak dapat dikejar, bila sampai bulan Ramadan je...masing-masing start kejar pahala, kejar ibadat. Alhamdulillah. Bukan nak kata bulan lain tak kejar pahala dan ibadat, tidakkk...tapi Ramadan ni kita berpeluang tambah berganda-ganda lagi kan...
Ramadan jugak la time kita di uji dengan pelbagai nafsu. Contohnya, bila berpuasa..lapar la, haus la...dugaan..bila kawan-kawan kita yang bukan Islam duk minum depan mata kita, ice blended pulak tu...fuhhh yang tu pun dah rasa sangat teruji. Tapi bila sampainya waktu berbuka, alhamdulillah...terlepas jua segala ujian tu, dan masuk pula waktu untuk berterawikh. Rugi rasanya kalau tak buat terawikh, sebab dah la sebulan sekali je, lepas tu syiokkk...bacaan Imam-Imam, suasana, segalanya indah. Ya Allah bestnya!!
So kawan-kawan yang disayangi, sama-sama lah kia menyambut Ramadan ibarat ini Ramadan yang terakhir buat kita semua. Didik lah anak-anak, adik beradik, sahabat handai menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya...sesempurna mana yang dapat kita laksanakan. InshaaAllah..mudah-mudahan moga Allah beri kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadan ini. Bila Ramadan dah selesai nanti, baru lah boleh beraya sakan pabila Syawal menjelma. Tapi, kita akan sentiasa merindui bulan mulia Ramadan. Entah akan berjumpa lagi atau tidak..Wallahualam.
Kami doakan uolls semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik dan diizinkan Allah Taala untuk menunaikan ibadat siang dan malam dengan sempurna. InshaaAllah.
Salam Menyambut Ramadan, bulan mulia dan mubarak.
Ma'assalamah Ilal liqa'.
Wednesday, 27 January 2016
Nafas Baru 2016
Assalamualaikum semua, hope belum terlambat untuk kami ucapkan Happy New Year 2016.
Tahun baru, nafas baru, kami ingin bergerak maju dengan pelbagai activity dan pelbagai ilmu.
Umur dah makin meningkat, kami ingin mengejar kejayaan dunia akhirat.
InshaaAllah, kita usahakan dan kita kongsikan apa sahaja ilmu baru yang bermanfaat pada semua.
Nantikan................
See you again!!
Thursday, 9 July 2015
Syawal 2015
Assalamualaikum uolls,
Seminggu lagi Syawal akan menjelang. 10 malam terakhir untuk kita melaksanakan amal ibadat di bulan Ramadan. Semoga jumpa lagi Ramadan tahun depan, dan semoga kita mendapat malam Lailatul Qadar pada tahun ini, inshaaAllah.
Seperti biasa dan seperti raya-raya sebelum ini, kami beraya dalam keadaan bersederhana sahaja. Tak lah beriya mana, sekadar meraikan Aildilfitri & Syawal bersama family. Uolls macam mana? Ada juga yang ke Tanah Suci, menyambut nya disana...alhamdulillah.
Dikesempatan ini, kami -Ezzanna- ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf segala salah silap, salah kata, salah laku pada semua.
Selamat pulang ke kampung halaman, beraya bersama family. Jangan ikut kata menteri, nak jimat tak payah balik kampung. Dia mungkin takde family... Jaga diri dalam setiap perjalanan, dan jangan lupa baca doa! Salam Syawal semua!!
Wednesday, 24 June 2015
Kembali Kepada Allah
Assalamualaikum sahabat semua, lamakan tak update blog ni. Masing-masing sibuk dengan kerja, masalah dunia yang tak pernah nak habis. Pejam celik dah masuk bulan ramadhan, sekejap sangat rasanya, bumi berputar semakin pantas, tanda-tanda kiamat juga tu kan. Dan kalau kita tengok pun dekat facebook, berita, blog dan seangkatan dengannya, macam-macam yang berlaku.
Tak perlu pergi jauh pun, kita tengok dalam Malaysia sahaja, dalam negara kita ni, tempat kita sendiri. Negara yang kaya dengan kepelbagaian ekosistem. Berlaku bermacam-macam jenis bencana alam. Banjir luarbiasa di pantai timur, puting beliung di negara utara dan yang terbaru gempa bumi di Sabah. Gempa bumi kot. Kalau dulu Malaysia ni dikatakan tempat yang paling selamat kerana berada di atas garisan khatulistiwa. Tapi kalau Allah kata kun fayakun tu, jadi juga kan.
Siapa kita nak menghalang kuasaNya. Sains cakap semua ni bencana alam, tapi kita yang sebagai Islam ni boleh fikir yang itu semua adalah peringatan atau hukuman dari Allah diatas kealpaan hambaNya. Diri yang menaip ini tidaklah seelok mana, tapi sekadar saling memperingati sesama kita. InsyaAllah. Salam Ramadhan buat sahabat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membawa berkat. Assalamualaikum.
Monday, 29 September 2014
Aidiladha menjelma lagi...Qurban!!
Assalamualaikum,
Cepat sungguh masa berlalu kannnn. Rasanya baru je
Raya Aidilfitri meninggalkan kita. Now, nak jumpa dah Raya Aidiladha. Kalau kat
Mekah tu, menanti saat nak wukuf.. Bila tengok kat TV, bestnya Jemaah-jemaah
haji yang dapat pergi tu, kalau tengok muka yang muda-muda, jelousnya lahaiii…
Tapi, itulah rezeki diorang kan. Muda-muda, sihat lagi dapat jemputan &
panggilan haji. Syukur Alhamdulillah, dalam pada jelous tu..sebenarnya tumpang
happy jugak.
Kalau dah pernah pergi umrah, ada satu perasaan
macam tak nak pergi negara lain..kalau boleh, nak kumpul duit memang untuk buat
umrah je, selain kumpul sikit2 untuk pergi Haji. Sebab kalau pergi ke sana,
hati tu cukup tenang. Kerja kat sini, langsung tak terfikir..semuanya
hilang..masalah kerja pun langsung tak terlintas. Bila hati & jiwa tenang,
sape tak suka kan…lagi-lagi Tanah Suci. MasyaAllah nikmat sungguh laaa!!! Ya
Allah berikan kami peluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mu…
Agak-agak sekarang ni dah boleh tengok package
umrah kat tenet. Usha-usha & survey, mana tau ada rezeki dapat pergi lagi.
Certain orang, walau dah daftar, tapi ada juga yang tak dapat pergi / kene tangguh.
Sebab kan visa tak approve. Itulah, rezeki masing-masing..kalau Allah kata YES,
maka YES lah ia. Segala urusan, baik buruk, setiap perkara datangnya dari
Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai, diberkati, dan
dirahmati.
Dikesempatan ini, kami nak ucapkan Selamat Hari
Raya Aidiladha. Dalamilah pengertian ibadah Qurban, kebaikan & manfaatnya.
Friday, 25 July 2014
Salam Aidilfitri...
Assalamualaikum,
Ramadhan bakal digantikan dengan Syawal. Kita akan merindui Ramadhan 2014. Dengan harapan, jumpa lagi tahun depan, inshaaAllah. Macam-macam ujian Allah beri untuk bulan yang mulia ini. Kita sebagai hambaNya harus redha, tabah dan kuat menghadapai setiap ujian dari-Nya.
Malaysia dikejutkan dengan kejadian yang sangat menyayat hati. Seluruh dunia berasa sedih, tragedi yang sangat tak terjangka. Mana tak nya, belum pun cukup setahun apetah lagi 6 bulan kapal terbang MAS MH 370 hilang, kita dikejutkan lagi dengan berita yang tragis iaitu MAS MH 17. Betapa besar ujian Mu Ya Allah.
Setiap yang berlaku, ada hikmah dan pengajarannya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kita sebagai hambaNya haruslah muhasabah diri akan peristiwa-peristiwa ini. Jika kita sedih, ahli keluarga mereka lagi sedih. Allah...Kau Maha Esa.
Kita disini, teruskan berdoa moga Malaysia dilindungi oleh Allah. Memang mati itu suatu kepastian, berdoalah semoga mati itu dalam iman dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya perkara yang paling hampir dengan kita ialah kematian.
Ramai juga yang telah meninggalkan kita di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah mereka yang pergi dijemput oleh Allah untuk kembali padaNya di bulan Ramadhan. Syawal kian menjelma, tapi harus di sambut sederhana. Moga kita semua berpada-pada.
Selamat Hari Raya kami ucapkan. Semoga selamat perjalanan.
Tadaa....pantun untuk semua.
Hari raya bakal menjelma,
Tua muda miskin dan kaya,
Tidak kira apa pun bangsa,
Sebab kita 1 Malaysia.
Ketupat dihidang bersama rendang,
Di pagi raya makan bersama,
Tidak lupa kuih dan lemang,
Lengkaplah menu di hari raya.
Syawal tiba seminggu lagi,
Bawak mercun kesana kemari,
Bila meletup hilanglah jari,
Baru menyesal kemudian hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)