Tuesday 24 May 2016

Ramadan Bakal Tiba

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan. Seiring dengan tajuk, kita berbahasa Arab sikit. Nak masuk Ramadan kan, seronok gak belajar bahasa Arab. Al-Lughah Al-Arabiyah. Giteww...

Well, now dah bulan May. Akhir bulan May. Sikit lagi dah nak Ramadan, tak sabar, nervous, happy...semua perasaan ada. Maklumlah, setahun sekali je kita sambut Ramadan kan. Sepanjang tahun kita mengejar dunia, mengejar harta, mengejar masa yang tak dapat dikejar, bila sampai bulan Ramadan je...masing-masing start kejar pahala, kejar ibadat. Alhamdulillah. Bukan nak kata bulan lain tak kejar pahala dan ibadat, tidakkk...tapi Ramadan ni kita berpeluang tambah berganda-ganda lagi kan... 

Ramadan jugak la time kita di uji dengan pelbagai nafsu. Contohnya, bila berpuasa..lapar la, haus la...dugaan..bila kawan-kawan kita yang bukan Islam duk minum depan mata kita, ice blended pulak tu...fuhhh yang tu pun dah rasa sangat teruji. Tapi bila sampainya waktu berbuka, alhamdulillah...terlepas jua segala ujian tu, dan masuk pula waktu untuk berterawikh. Rugi rasanya kalau tak buat terawikh, sebab dah la sebulan sekali je, lepas tu syiokkk...bacaan Imam-Imam, suasana, segalanya indah. Ya Allah bestnya!!

So kawan-kawan yang disayangi, sama-sama lah kia menyambut Ramadan ibarat ini Ramadan yang terakhir buat kita semua. Didik lah anak-anak, adik beradik, sahabat handai menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya...sesempurna mana yang dapat kita laksanakan. InshaaAllah..mudah-mudahan moga Allah beri kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadan ini. Bila Ramadan dah selesai nanti, baru lah boleh beraya sakan pabila Syawal menjelma. Tapi, kita akan sentiasa merindui bulan mulia Ramadan. Entah akan berjumpa lagi atau tidak..Wallahualam. 

Kami doakan uolls semua dapat menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik dan diizinkan Allah Taala untuk menunaikan ibadat siang dan malam dengan sempurna. InshaaAllah. 

Salam Menyambut Ramadan, bulan mulia dan mubarak. 

Ma'assalamah Ilal liqa'.