Tuesday 5 February 2013

Hari yang dinanti makin dekat...

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah sampai ke hari ni kita masih bernafas. Dapat lagi kita duduk & berpijak & baring-baring di bumiMu ini. Terima kasih Ya Allah..kerana meminjamkan kami oxygen & segala yg kami ada buat masa ni. 

Alhamdulillah juga, dengan rezeki dariNya, insyaAllah Ahad ni (10-Feb-13), kami akan berangkat ke Madinah & Mekkah untuk menunaikan umrah. Rasa hati ni sangatlah happy...at the same time...ya Allah...syukur nya!!! Kau beri kami peluang lagi untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mu Ya Allah...

Kami pergi dengan pakej UTAS Travel & Tours. Alhamdulillah, so far UTAS sangat membantu & banyak berkerjasama, dimana masa hal berkaitan mahram haritu agak kelam kabut sikit, tapi diorang sangat helpful. Then, kursus umrah pun ada...diadakan 2 minggu sekali. Ringkas, padat, faham. Itu yang dapat kami gambarkan. So far so good...haa gitew~

Kami mohon u olls doakan kami ya, semoga selamat tiba & selamat pulang ke tanahair dengan kesihatan yang baik. Dan semoga kami mendapat umrah yang mabrur, insyaAllah. Thanks in advance! 

Ma'assalamah ilal liqa'. Syuqran!!