Tuesday 29 November 2011

Awal Muharram

Hi semua…Salam Maal Hijrah 1433M, 1 Muharram…Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah. Apakah penghijrahan kita? Masing-masing mesti ada tanamkan azam nak jadi lebih baik, lebih sihat, lebih kurus, lebih berisi, lebih banyak duit…serba serbi lebih. Tapi kene ingat yer, even semuanya nak berlebihan, kita kene juga simple-simple. Sederhana gitu...

Before masuknya waktu Maghrib (penghujung waktu Asar), kita sama-sama bacakan Doa Akhir Tahun. Sebolehnya 3 kali bacaan. Baca Yasin…dan solat Maghrib. Niat Hijrah kita, perbuatan kita semua kerana Allah SWT. InsyaAllah.



Doa Awal Tahun pula, dibaca selepas solat Maghrib. Sebolehnya 3 kali bacaan. Mudah-mudahan kita semua berhijrah kearah kebaikan kerana Alla SWT. Amin..



So, dah cuti 3 hari, mesti rasa malas-malas je nak masuk kerja kan. Biasalah, dah guling-guling atas katil, dapat bangun lambat…mandi pun ala-ala nak ke tengah hari. Haha.. No more breakfast. Terus ke brunch. Nama pun cuti kan..eleyhh macam tak biasa. Korang pun sama je..hehe. Bila dah dapat cuti, ape lagi..mesti la kita cuti abis-abisan.

So guys, Salam Maal Hijrah…semoga penghijrahan kita membuahkan hasil dan mengikut jalan Allah SWT.

Thursday 24 November 2011

Antara Haiwan Yang Paling Rakus

Hari ni hari Khamis, so nak share fakta tentang haiwan yang paling rakus. Nampak macam tak kena mengena je kan. Hehehe.. Actually, saja je nak share sebelum korang semua dan kitorang  balik kerja. So, kat bawah ni adalah beberapa jenis haiwan yang paling rakus, sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan yang rakus kat dunia ni. Ni antara yang dapat disharekan bersama...

1. Hiu Macan

Hiu Macan ni akan makan apa je yang ada  di depannya, tak kisah la kasut ke, pinggan mangkuk ke sampai la ke peralatan perang pernah dijumpai  dalam perutnya. Kadang kala juga dia menggigit sesuatu yang tak mustahil. Kalau dia rasa nak kunyah, dia ngap je.. Keganasan hiu macan ini sebenarnya sejak sebelum mereka lahir lagi. Mereka saling makan antara satu sama lain ketika masih dalam perut ibunya lagi. Tak percaya?

2. Babi

Haha..haiwan  ini pun sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Geli pun ada dengan dia ni. Satu fakta tentang haiwan ini, ia suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najis.

3. Burung pemakan bangkai

Burung ini merupakan karnivor tahap satu. Mereka akan makan bangkai binatang sebanyak mungkin dan secepat mungkin, sehinggalah berat mereka menjadi 20 % lebih berat dari berat sebelum makan.

4.Kelawar Vampire

Tak pasti nama sebenar haiwan ini apa. Haiwan  ini kecil je, tapi giginya sangat tajam hingga boleh menembusi pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 senduk teh sekali gigit.Wow!! Haiwan ini sebelum menghisap darah, dia akan "mengencingi" korbannya terlebih dahulu. Eiuwww...

5. Ular Piton

Tak pasti nama sebenar haiwan ini apa. Haiwan  ini kecil je, tapi giginya sangat tajam hingga boleh menembusi pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 senduk teh sekali gigit.Wow!! Haiwan ini sebelum menghisap darah, dia akan "mengencingi" korbannya terlebih dahulu. Eiuwww...

6. Argentinean wide-mouthed frog


Okay satu soalan,apa beza katak dengan kodok? Cepat jawab.Ia juga dikenali sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini makan apa aja seperti tikus dan ular. Perut dia ni sampai boleh koyak disebabkan kekenyangan. Burppp...

7. Burung Kolibri

Burung Kolibri ni kecil je,tapi ia memerlukan makanan setiap 10 minit. Dengan sayap yang selalu mengepak sebanyak 200 kali setiap minit dan jantung yang berdetak 1200 kali dalam seminit, Kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon.

8. Tasmanian Devil
Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan 40% dari tubuhnya dalam tempoh 30 minit. Mungkin terdengar biasa aja, tapi mari kita bandingkan dengan manusia, ia bersamaan dengan kita makan 216 hamburger dalam tempoh yang sama. Wow!!!

Tuesday 22 November 2011

Take care of our children...!

Haa…ni kami nak share 1 story. Kami category kan story ni as Sadis Story. Memang seram kalau kita dengar ada kemalangan or kecelakaan yang berlaku kan..apatah lagi tengok gambar. Seriau rasa bila tengok gambar-gambar yang sadis.

Story kita untuk hari ni ialah Gunting.

So, untuk sesiapa yang ada anak-anak, tak kira besar ke kecik ke…jangan sekali-kali biarkan dia main dengan gunting. Gunting kan tajam, jangan la bagi diorang main mahupun pegang gunting tanpa dibawah pengawasan dan pemerhatian kita.

Nak tau kenapa? Haa, tengok gambar kat bawah tu? Apa dah jadi? Itu sebab budak ni pegang gunting and at the same time dia berlari. Aduhh..sakit wo! Tak sanggup rasanya nak tengok. Tapi, ini sekadar nak share..sebab ramai antara kita ingat gunting tu tak setajam pisau.

Kat sekolah kan ada subject Pendidikan Seni, anak-anak nak guna kan? Haa, belikan gunting yang plastic nya lebih banyak dari besi. At least risiko nak tercucuk or terhunus dapat dikurangkan. Lagi 1, ajar anak-anak since dari diorang tadika. Cara gunakan gunting dengan betul, then ajar jugak anak-anak ni betapa bahaya nya gunting and segala benda tajam yang patut diorang jauhi.

Kalau sayang anak-anak, tak payah bagi pegang gunting langsung pun takpe. Budak-budak kan, nangis kejap je tu. Lama-lama tertido la dia..haha. Nampak macam simple je kan, “alaa gunting je pun, diorang tau dah gunting tu bahaya”. Tapi, kalau dah tau, kenapa boleh jadi macam budak dalam gambar ni? Haa…jangan ingat senang je. Tak rasa lagi, maka tak tahu.

So, hati-hati ya. Segala tools yang ada dirumah perlu diletakkan tinggi-tinggi, simpan dalam tempat yang betul. Pantau anak-anak kalau diorang bermain. Kan comel gitu…tengok anak membesar…

Pictures bawah ni untuk pengajaran sahaja ya. Nasib baik budak ni ok. Siap senyum lagi...


Malaysia Boleh !!!

Hello Hello,

Amacam korang punya mood hari ni? Happy? Mestilaa happy kan..sebab semalam hari yang  bersejarah dan bermakna buat team Harimau Muda. Ribuan penonton menyaksikan perlawanan Malaysia vs Indonesia. Stadium Gelora Bung Karno sesak gila sampai penyokong-penyokong kene berdiri macam sardine yang dipack dalam tin. Memang gamat seperti minyak gamat.

Walaupun penyokong Malaysia boleh dikira dengan sempoa, tapi kita tetap Juara…itu yang penting. Balik ke tanahair dengan senyuman. Segala penat semput lelah berhasil. Syabas and tahniah.

Ternanti-nanti jugaklaa kot-kot ada announcement Cuti Peristiwa..tapi, macam takde je. Ok takpe, kita kerja..kerja pun 1 ibadah..ye dok? Hehe ayat nak sedapkan hati..buwekk.

Masa game tu berlangsung, perasan tak yang ada seorang pemain Indon ni – namanya Bonai (rambut ala-ala orang asli gitu) ? Kalau diorang dapat free kick or corner kick je, dia akan pergi ke gawang gol, baca-baca apa ntah, then dia akan goyangkan jaring gol kita (kepercayaan dia kot?). Wahh, siap ada jampi-jampi tu…masa penalty pun, si Gunawan tu kumat-kamit (hopefully dia baca ayat-ayat suci la kan). Hehe…

Well, dengan kuasa Allah, kita akhirnya berjaya membawa pulang emas untuk final bola semalam. Tak perlu kot nak jampi-jampi. Berdoa pada Allah pun dah memadai. Tak lupa juga, atlit-atlit lain yang berhempas pulas untuk meraih pingat untuk Negara. Team Malaysia, semoga anda semua terus maju ke hadapan, terus berjuang demi Negara. Congrats!!

So, kami rakyat jelata mengucapkan terima kasih atlit-atlit kebangsaan. Demi Negara yang tercinta…kami bangga jadi anak Malaysia!

p/s: Finally, kita dapat silent kan penyokong Indon yang tak hormat kan lagu Negaraku kita. Yeay..!!






                                                                                                                            

Monday 21 November 2011

Our "Young Tiger" fight for Malaysia...

Dimulakan dengan Bismillah…
Disudahi dengan Alhamdulillah…

Today is Monday, 21-Nov-11. Normal day untuk orang yang bekerja. Dah cuti weekend, Monday masuk kerja memang tersangatlah malas. Lagi-lagi sesiapa yang ada meeting on Monday. Memang rasa nak EL, AL or MC. Choose either one...

Tapi, walaupun tanpa semangat yang membara nak masuk kerja, at least ada semangat untuk nak tengok bola malam ni. Malaysia vs Indonesia at 8pm. Talk about bola ni kan, kalau kita minat, kita mesti nak tengok. Lagi-lagi kalau lawan negara seberang. Rasa geram plus nervous. Hopefully, Harimau Muda dapat tewaskan team Indonesia. 1-0 pun ok what…asalkan nama Malaysia tu di tag as Juara!! Hahaha…

     


Congrats to our Harimau Malaya & Coach because dapat sampai ke Final. Even coach kita kene halau dengan referee, tapi semangat juang still tinggi untuk guide anak-anak harimau nya...aummm.
 
Ada juga yang terlampau minat (kipas susah mati), dia sanggup pergi ke Indonesia semata-mata untuk menyokong team kita. Wahh salute betul kalau ada orang macam ni. Tapi, nak dibandingkan dengan penyokong Indonesia. Adoii memang kalah. Tapi tak semestinya semangat kita untuk menang tu pudar kan? Even masa lagu Negaraku berkumandang, diorang menjerit-jerit (tak hormat) lagu kita, kita masih mampu bersabar…inikan pula masa game tu dah start. Diorang memang ada mental psychology yang kuat. Syabas betty..syabas!  Memang Harimau Muda dah bersedia dari segi mental & fizikal. Power betul harimau-harimau kita. Chaiyok Harimau Muda!! Mengaum gegar stadium!!

Malam ni, jom join kami jadi pom-pom tiger...yehaa!!



Here we come!!

Assalamualaikum...Hello hello!! Akhirnya tercapai juga cita-cita kami nak buat blog sendiri. Selalu baca-baca blog orang je. Now dah ada blog sendiri, rasa macam nak menaip apa pun boley untuk di sharekan sama-sama (macam la ada orang nak baca blog ni..haha).

Actually, inspirasi nak buat blog ni pun sebab tangan ni gatal nak menaip panjang-panjang. Kot-kot ada cerita menarik, boleh je kita share kat sini kan.
Then, melalui blog, kita boleh release stress and tension kot. Yelaa dah kerja 5 hari, apa kata kita tulis blog untuk isi masa lapang (lapang la sangat kan..).

Well, nak cerita sikit pasal blog ni. Actually blog ni di wujudkan oleh kami berdua. Deanna & Ezzah...itu yang dapat nama Ezzanna (combination name). Macam mana we all boleh ada idea nak buat blog ni? Macam mana boleh nak berdua pulak ni? Kenapa tak ada blog sendiri? Haa…banyak soalan yang bermain diminda kan?

We all ni BFF. Alaa best friend forever. Kiranya, buat semua pun sekepala. Tapi, of course ada yang tak sama kan. But, the thing is…kita enjoy!! Kalau kita happy, kita mesti enjoy. Kalau kita ada kawan, jangan sampai jadi lawan. So, that is why we are here. InsyaAllah sahabat selamanya.

So guys and girls, kalau ada apa-apa nak share, just let us know. Maybe we all boleh update kan dalam blog ni, nama pun share kan, so we all update kan pun just for free. Yeah…

So, picture yang nak disharekan untuk first timer...jeng jeng jeng...
Introduce ourselves.